Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) bertanggungjawab untuk merancang, melaksana, memantau dan menilai Program Keselamatan dan Kualiti Makanan yang dilaksanakan di peringkat kebangsaan, negeri, daerah, pintu masuk dan pihak berkuasa tempatan. Objektif utama ialah untuk melindungi orang ramai daripada bahaya kesihatan dan penipuan dalam penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan, serta mempermudahkan perdagangan makanan.
Mandat diperolehi daripada Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturannya. Di bawah Program Keselamatan dan Kualiti Makanan, dua (2) bahagian telah ditubuhkan, iaitu Bahagian Perancangan, Pembangunan Dasar dan Standard Codex dan Bahagian Pematuhan dan Pembangunan Industri. Terdapat lapan (8) cawangan di bawah Bahagian-Bahagian ini iaitu Komunikasi dan Kepenggunaan, Polisi dan Penyelidikan, Standard dan Codex, Surveillan dan Makmal, Industri Domestik, Pematuhan Domestik, Import dan Eksport, dan Seksyen Pengurusan.
Permohonan Khidmat Nasihat Pelabelan boleh dipos atau dihantar secara serahan tangan. Setiap permohonan semakan label perlu dilampirkan dengan maklumat seperti berikut:
Melalui perkhidmatan ini, pihak industri akan dimaklumkan secara terperinci mengenai kesalahan pelabelan jika ada. Label produk makanan yang telah mendapat kelulusan boleh dijual dengan selamat dipasaran. Pemohon dapat memastikan label produk makanan yang dijual mematuhi semua peruntukan pelabelan makanan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
Di sini terdapat borang untuk: