---
title: "Khidmat Formulasi – Formulasi Produk & Nasihat Pelabelan Makanan – OEM Brand Manufacturing – Kilang OEM Halal Malaysia"
canonical: "https://www.oembrandmanufacturing.com/servis-kami__khidmat-formulasi/"
updated: "2026-09-22T17:11:21Z"
---

# Khidmat Formulasi – Formulasi Produk & Nasihat Pelabelan Makanan – OEM Brand Manufacturing – Kilang OEM Halal Malaysia

SERVIS KAMI / FORMULASI

# Khidmat Formulasi &amp; Nasihat Pelabelan Makanan

Penyelidikan dan pembangunan formulasi eksklusif produk (1 Brand 1 Formulation) berserta khidmat nasihat semakan pelabelan makanan mengikut Akta Makanan 1983.

## Pelaksanaan Permohonan Khidmat Nasihat Pelabelan Makanan

Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) bertanggungjawab untuk merancang, melaksana, memantau dan menilai Program Keselamatan dan Kualiti Makanan yang dilaksanakan di peringkat kebangsaan, negeri, daerah, pintu masuk dan pihak berkuasa tempatan. Objektif utama ialah untuk melindungi orang ramai daripada bahaya kesihatan dan penipuan dalam penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan, serta mempermudahkan perdagangan makanan.

Mandat diperolehi daripada **Akta Makanan 1983** dan peraturan-peraturannya. Di bawah program ini, terdapat bahagian yang memastikan kepatuhan standard pelabelan domestik, import dan eksport bagi mengelakkan label produk daripada melanggar peruntukan undang-undang.

### Faedah Permohonan Semakan Label

Melalui perkhidmatan ini, pihak industri akan dimaklumkan secara terperinci mengenai kesalahan pelabelan jika ada. Label produk makanan yang telah mendapat kelulusan boleh dijual dengan selamat di pasaran. Pemohon dapat memastikan label produk makanan yang dijual mematuhi semua peruntukan pelabelan makanan di bawah **Peraturan-Peraturan Makanan 1985**.

![BKKM KKM](https://www.oembrandmanufacturing.com/wp-content/uploads/2026/09/logobkkm-e1641778781776.png)

### Permohonan &amp; Panduan Rasmi

#### 1. Khidmat Nasihat Pelabelan Makanan

Kos: RM 1,000

[open\_in\_new Permohonan Online (Portal FoSIM KKM)](https://fosim.moh.gov.my/fssm/public/home)

#### 2. Semakan Pelabelan Makanan

Kos: RM 250

[open\_in\_new Panduan Rasmi (Portal BKKM KKM)](https://hq.moh.gov.my/fsq/)

 Langkah Pertama Menjadi Pengasas Jenama## Sedia Melancarkan Produk Jenama Sendiri Hari Ini?

Sertai beratus-ratus usahawan yang telah berjaya bersama OEM Brand Manufacturing. Hubungi pegawai konsultan kami sekarang untuk sesi perbincangan percuma dan sampel produk.

[event\_availableBUAT TEMUJANJI SEKARANG](https://www.oembrandmanufacturing.com/hubungi-kami/)[WHATSAPP KAMI SEGERA](https://wa.me/60142769699?text=jenamasendiri)
