---
title: "Tentang Kami – Latar Belakang & Sejarah – OEM Brand Manufacturing – Kilang OEM Halal Malaysia"
canonical: "https://www.oembrandmanufacturing.com/tentang-kami/"
updated: "2026-09-22T17:10:35Z"
---

# Tentang Kami – Latar Belakang & Sejarah – OEM Brand Manufacturing – Kilang OEM Halal Malaysia

TENTANG KAMI

# SIAPA KAMI? Latar Belakang &amp; Transformasi OEM Brand Manufacturing

Penyelesaian pengilangan kontrak OEM/ODM halal sehenti terkemuka di Malaysia dengan pengalaman industri lebih 18 tahun, melahirkan usahawan berjenama melalui standard bioteknologi herba dan pematuhan pensijilan JAKIM serta KKM.

[chat KONSULTASI PERCUMA DI WHATSAPP](https://wa.me/60142769699?text=jenamasendiri) [LIHAT PAKEJ OEM](https://www.oembrandmanufacturing.com/pakej/)

![Fasiliti Kilang OEM Halal Malaysia](https://www.oembrandmanufacturing.com/wp-content/uploads/2026/09/fasiliti-kilang-oem-halal-malaysia.jpg)

SEJARAH KORPORAT## Perjalanan Transformasi Dari 2005 Hingga Kini

2005

### Signature Herbascience

Syarikat mula beroperasi atas nama Signature Herbascience Enterprise, memasarkan produk perlangsingan dan kesihatan berasaskan herba melalui kontrak pengilangan ke seluruh Malaysia dan Brunei.

2008 - 2009

### Kerjasama MARDI &amp; Kilang Sendiri

Mendapat sambutan memberangsangkan dan mula memproses sendiri produk dengan khidmat nasihat serta teknik pemprosesan MARDI. Beroperasi di Kompleks Kilang SME Bank Batu Pahat, Johor.

2012

### Sherb Manufacturing

Bagi memperkukuh imej sektor perkilangan, nama diubah kepada Sherb Manufacturing. Mula aktif memproses pelbagai jus dan makanan kesihatan berasaskan herba untuk pelbagai syarikat trading ternama.

2014 - Kini

### OEM Brand Manufacturing Sdn Bhd

Dinaik taraf kepada Sendirian Berhad (1 Disember 2014). Menawarkan fasiliti moden bilik bersih bertaraf Halal JAKIM (Ruj: 1 005-07/2012), GMP Tradisional, pelbagai pakej fleksibel, dan inovasi formulasi herba serta pemakanan kesihatan.

visibility

### Visi Kami

Menjadi peneraju pengilangan kontrak OEM produk makanan, minuman dan kesihatan halal yang terkemuka di peringkat serantau dengan penekanan kepada inovasi bahan semulajadi bermutu tinggi.

flag

### Misi Kami

"Melahirkan Usahawan Berjenama"

Membimbing dan mempermudahkan usahawan memiliki produk jenama sendiri dari peringkat konsep idea, formulasi khas, kelulusan pensijilan sehingga siap dipasarkan dengan jaminan kualiti terbaik.

workspace\_premium

### Moto Utama

"Kualiti adalah Keutamaan Kami" (Quality is Our Priority)

Setiap proses pengadunan, pembungkusan dan pengujian mikrobiologi mematuhi garis panduan keselamatan makanan yang ketat bagi memastikan keselamatan tubuh badan pengguna.

 Langkah Pertama Menjadi Pengasas Jenama## Tempah Sesi Konsultasi &amp; Uji Sampel Percuma

Sertai beratus-ratus usahawan yang telah berjaya bersama OEM Brand Manufacturing. Hubungi pegawai konsultan kami sekarang untuk sesi perbincangan percuma dan sampel produk.

[event\_availableBUAT TEMUJANJI SEKARANG](https://www.oembrandmanufacturing.com/hubungi-kami/)[WHATSAPP KAMI SEGERA](https://wa.me/60142769699?text=jenamasendiri)
