verified Pentauliahan Penuh: JAKIM Halal, GMP, MeSTI & KKM
schedule 8.30 pagi - 5.30 petang
OEM Brand Manufacturing Logo
Kilang OEM Halal Malaysia OEM Brand Manufacturing Sdn. Bhd.
SERVIS KAMI / BAHAGIAN HALAL

Pengurusan Permohonan Halal JAKIM, BPFK & BKKM

Keyakinan pengguna bermula dengan jaminan status Halal yang sah dan pematuhan standard keselamatan makanan kebangsaan. Pasukan kami menguruskan proses dokumentasi dan audit pensijilan untuk produk anda.

Logo Halal Malaysia JAKIM
PENSIJILAN RASMI 01

Permohonan Halal Malaysia (JAKIM)

Halal sangat diperlukan oleh kebanyakan produk jenis makanan dan minuman kesihatan. Hal ini amat dititikberatkan oleh pengguna bagi mereka yang menjaga pemakanan dan ingin mengetahui punca sumber makanan mereka. Dengan memperoleh sijil halal rasmi, pengguna akan lebih yakin dan merasa selamat untuk mengamalkannya.

  • Penyediaan Manual Sistem Jaminan Halal (HAS).
  • Penyemakan ramuan mentah bersama pembekal disahkan halal.
  • Pengurusan borang MyeHALAL dan bimbingan sesi audit tapak JAKIM.
Logo Kementerian Kesihatan Malaysia BPFK
PENSIJILAN RASMI 02

Permohonan Biro Pengawalan Farmasiteukal Kebangsaan (BPFK / NPRA)

Bagi produk berasaskan persediaan tradisional, homeopati, suplemen kesihatan tablet atau kapsul, pendaftaran di bawah BPFK (kini dikenali sebagai NPRA) adalah wajib untuk mendapatkan nombor pendaftaran MAL.

  • Pengkelasan produk (Product Classification Interface).
  • Penyediaan dossier ujian kestabilan dan had logam berat.
  • Pelekat keselamatan hologram Meditag / Farmatag.
Logo Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan BKKM
PENSIJILAN RASMI 03

Permohonan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM)

BKKM bertanggungjawab memastikan produk makanan dan minuman selamat, bebas pencemaran, serta mematuhi Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 melalui skim pensijilan MeSTI dan semakan pelabelan.

  • Pemeriksaan kilang dan pematuhan skim MeSTI.
  • Semakan teks pelabelan dan akuan pemakanan (Nutrition Claim).
  • Pencegahan tuntutan perubatan berlebihan pada pembungkusan.
Langkah Pertama Menjadi Pengasas Jenama

Sedia Melancarkan Produk Jenama Sendiri Hari Ini?

Sertai beratus-ratus usahawan yang telah berjaya bersama OEM Brand Manufacturing. Hubungi pegawai konsultan kami sekarang untuk sesi perbincangan percuma dan sampel produk.