Khidmat Formulasi & Nasihat Pelabelan Makanan
Penyelidikan dan pembangunan formulasi eksklusif produk (1 Brand 1 Formulation) berserta khidmat nasihat semakan pelabelan makanan mengikut Akta Makanan 1983.
Pelaksanaan Permohonan Khidmat Nasihat Pelabelan Makanan
Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) bertanggungjawab untuk merancang, melaksana, memantau dan menilai Program Keselamatan dan Kualiti Makanan yang dilaksanakan di peringkat kebangsaan, negeri, daerah, pintu masuk dan pihak berkuasa tempatan. Objektif utama ialah untuk melindungi orang ramai daripada bahaya kesihatan dan penipuan dalam penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan, serta mempermudahkan perdagangan makanan.
Mandat diperolehi daripada Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturannya. Di bawah program ini, terdapat bahagian yang memastikan kepatuhan standard pelabelan domestik, import dan eksport bagi mengelakkan label produk daripada melanggar peruntukan undang-undang.
Faedah Permohonan Semakan Label
Melalui perkhidmatan ini, pihak industri akan dimaklumkan secara terperinci mengenai kesalahan pelabelan jika ada. Label produk makanan yang telah mendapat kelulusan boleh dijual dengan selamat di pasaran. Pemohon dapat memastikan label produk makanan yang dijual mematuhi semua peruntukan pelabelan makanan di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
Permohonan & Panduan Rasmi
Sedia Melancarkan Produk Jenama Sendiri Hari Ini?
Sertai beratus-ratus usahawan yang telah berjaya bersama OEM Brand Manufacturing. Hubungi pegawai konsultan kami sekarang untuk sesi perbincangan percuma dan sampel produk.